Tampilkan postingan dengan label HANGAT DAN SENSASI. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label HANGAT DAN SENSASI. Tampilkan semua postingan
11.33 | Posted in
Sampai jodoh, kahwinlah dia – Ibu Waheeda

“SAYA tidak menghalang Waheeda untuk menjadi ‘isteri’ Akhil. Dia tahu apa yang dia lakukan dan kami sekeluarga merestuinya,” ujar ibu Waheeda yang ditemui ketika majlis pelancaran program Café Akhil Hayy Musim Kedua di, Restoran Al Rawsa baru-baru ini.

Kenyataan dari ibu penyanyi popular itu merujuk kepada penglibatan anaknya sebagai isteri Ustaz Akil Hayy di dalam program Café Akhil Hayy yang diterbitkan oleh saluran Astro Oasis.

Menjawab soalan apakah tindakan Waheeda menerima tawaran untuk berlakon sebagai isteri kepada Ustaz Akhil Hayy di dalam program tersebut itu akan menghangatkan lagi gosip di antara mereka berdua itu, ibu Waheeda menafikan sama sekali.

“Berkenaan gosip tersebut, semuanya telah mereka jawab dengan jelas. Ia tidak harus ditimbulkan lagi. Sudah-sudahlah tu. Sekarang kerjasama mereka itu adalah atas dasar kerja semata-mata. Kalau mahu fikirkan cakapcakap orang, semua benda pun tidak boleh buat. “Pada saya, tidak ada salahnya Waheeda menerima tawaran itu. Ini kerana melalui watak tersebut, dia juga berkongsi banyak perkara dengan penonton. Pemilihannya adalah mengikut konsep program tersebut.

Malah, saya juga untuk beberapa episod muncul dalam program ini sebagai ibu Waheeda yang juga ibu mentua kepada Ustaz Akhil,” katanya yang juga menyenangi sikap dan keperibadian yang dimiliki oleh Ustaz yang kini menjadi ikon saluran Astro Oasis itu. Dalam pertemuan yang sama juga, ibu Waheeda turut memberitahu Waheeda juga kini sedang belajar dan mengumpulkan pengalaman untuk bergelar pendakwah bebas tidak lama lagi. Disebabkan itu jugalah dia banyak terlibat dengan program-program seumpamanya atas bantuan Ustaz Akhil. “Ustaz Akhil banyak membimbing dia.

Bagi tunjuk ajar.

Sebab itulah Waheeda selalu ikut program Ustaz untuk timba pengalaman. Insya-Allah, selepas ini dia akan lebih banyak terlibat dengan program-program dakwah dan membantu mereka yang bermasalah,” akuinya berterus-terang. Ditanya tentang jodoh anak gadisnya yang sering menjadi perhatian itu, ibu penyanyi ini menyatakan dia dan keluarga tidak pernah campur tangan dalam soal yang satu itu. Katanya, sepenuh kepercayaan diberikan kepada Waheeda untuk menentukan sendiri calon pasangan hidupnya.

“Baik saya atau bapa Waheeda tidak pernah menentukan siapa calon menantu kami. Biarlah anak-anak sendiri yang menentukan. Ini soal hidup dan masa depan mereka. Jadi, biarlah mereka sendiri yang membuat keputusan. Namun, sebagai ibu bapa, kami tetap memberikan nasihat dan pandangan apabila diperlukan.

“Saya juga tidak pernah mendesak dia supaya cepat kahwin dan sebagainya. Terpulang pada dia. Buat apa nak kahwin cepat kalau akhirnya salah memilih pasangan? Nanti badan juga yang merana. “Lagipun, soal jodoh ni semuanya di tangan Tuhan. Kita rancang pun, kalau Tuhan tak bagi, tak jadi juga. Jadi, kita tengoklah saja macam mana nanti.

Sampai jodoh nanti, kahwinlah dia,” ujarnya yang turut ditemani oleh suami dan dua lagi adik Waheeda di majlis tersebut.
��
17.49 | Posted in
Wan Nor Azlin bukan janda

“BAGI wanita lain yang ditinggalkan suami sebegitu lama mungkin akan mengambil tindakan memohon cerai. Namun tidak bagi pelakon Wan Nor Azlin yang masih setia menunggu suaminya. Katanya, “Saya tidak datang dari keluarga yang bercerai-berai. Apatah lagi perkahwinan kami dulu atas suka sama suka. Saya boleh memaafkan dan menerima dia (suami) kembali tetapi dengan bersyarat."

Ada yang cuba mendekati Wan Nor Azlin
‘Saya masih isteri Yazli’


“SAYA masih isteri orang dan tidak terfi­kir langsung untuk mencari pengganti walaupun ada yang cuba untuk mendekati. Bagi saya perkahwinan adalah sekali seumur hidup. Saya juga tidak datang dari keluarga yang bercerai-berai. Apatah lagi perkahwinan kami dulu atas dasar suka sama suka dan bukan pilihan keluarga.

“Saya boleh memaafkan dan menerima dia balik tetapi dengan bersyarat. Saya mahu dia berubah dan kembali bertanggungjawab terhadap keluarga seperti mana saya kenal dia suatu masa dulu. Jika tidak, biarlah saya sahaja yang menjaga anakanak walaupun sukar macam mana sekalipun” tegas Wan Nor Azlin ketika ditanyakan pendiriannya terhadap suami, Mohd Yazli Yaacob yang telah menghilangkan diri sejak beberapa bulan lalu.

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Itu jugalah yang cuba diperkatakan oleh dramatis popular ini apabila bercerita tentang kesengsaraan yang dilaluinya bersama anak-anak setelah ditinggalkan suaminya. Demi menyara diri dan anak-anak juga, Wan Nor Azlin kini kembali aktif berlakon setelah lama meninggalkan kerjaya yang pernah mengangkat namanya suatu masa dulu itu. “Kalau diikutkan, saya mahu bersara terus sahaja. Apatah lagi saya kini sudah bertudung. Namun, hanya ini kerja yang saya boleh buat untuk sara dan bagi makan pada anak-anak setelah ditinggalkan suami. Nasib baik juga ada kawan-kawan yang faham situasi saya dan tolong bagi kerja.

“Buat masa sekarang, saya ambil saja apa sahaja tawaran yang datang. Malah tawaran yang jauh-jauh sampai ke Sarawak pun saya terpaksa ambil. Apa yang penting, rezeki itu untuk anak-anak. Tapi, saya akan menolak untuk tawaran yang memerlukan saya buka tudung. Zaman itu sudah berlalu buat saya,” katanya lagi yang ditemani anak bongsunya ketika menghadiri majlis ramah mesra para pelakon Comel dan Segalanya Ku Terima di Sri Pentas, TV3 baru-baru ini.

Usung anak ke lokasi

Setiap kali bercerita tentang anakanaknya, wanita yang luarnya kelihatan begitu tabah ini hampir sahaja menitiskan air mata. Masakan tidak, anak-anaknya yang masih kecil itu begitu rapat dengan si bapa sebelum ini. Tiba-tiba terpaksa berdepan dengan hakikat sebuah kehilangan atas sebab yang tidak munasabah untuk mereka terima.

“Saya sangat sedih melihat keadaan anak-anak. Kalau nak kata menangis tu, dah kering air mata saya menangis untuk semua ini. Mereka terlalu rindukan bapa mereka walaupun telah ditinggalkan dengan cara yang cukup tidak bertanggungjawab. “Anak bongsu saya ini bila jumpa dengan lelaki yang lebih kurang sebaya dengan bapa dia, mesti dia nak baik-baik. Saya tahu dia rindukan bapanya, tapi apa yang boleh saya buat?,” luah Wan Nor Azlin menahan sebak.

Menurut pelakon ini juga, setiap kali dia keluar bekerja, anak-anak terpaksa ditinggalkan di bawah jagaan bapanya di Keramat. Namun, sesekali anak-anak turut diusung ke lokasi kerana tidak mahu menyusahkan orang lain. “Saya bersyukur sangat-sangat kerana mereka yang dekat dengan saya banyak membantu. Bapa saya terutamanya terlalu banyak berkorban untuk saya dan anak-anak. Mujur anak-anak juga memahami situasi saya walaupun usia mereka terlalu muda untuk mengerti.

Bayangkanlah, setiap kali saya menangis merekalah yang memujuk dan memberi semangat kepada saya supaya kuat,” katanya lagi yang turut bersyukur apabila tidak lagi diganggu ‘Ah Long’ seperti mana yang pernah dihadapinya beberapa bulan lalu.
��