Tampilkan postingan dengan label Resepi Pilihan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Resepi Pilihan. Tampilkan semua postingan
12.55 | Posted in

Resepi Pilihan

Ikan Baung Masak Lemak Tempoyak

BAHAN-BAHAN

• 1 ekor ikan baung
• 6 mm kunyit
• 3 ulas bawang merah
• 2 tangkai cili merah
• 4 biji cili hijau
• 1 batang serai (dititik)
• 1 helai daun kunyit
• 1/2 biji santan kelapa
• 1 keping asam gelugur
• 2 sudu tempoyak
• 1 tangkai cili merah } untuk hiasan
• Garam secukup rasa





CARA MEMBUATNYA:

1. Bersihkan ikan dan ketepikan.

2. Tumbuk kunyit kering, bawang dan cili merah hingga lumat.

3. Campurkan bahan yang telah ditumbuk tadi dengan santan, serai, daun kunyit dan asam gelugur di dalam periuk.

4. Kemudian, masak sehingga mendidih, kacau sekali-sekala.

5. Masukkan tempoyak dan biarkan sehingga mendidih lagi, masukkan telur ikan yang dipotong dua bersama cili hijau.

6. Masukkan garam dan biarkan seketika sebelum angkat.

7. Sedia dihidangkan.
Category:
��
09.45 | Posted in

Spageti Udang Carbonara

BAHAN-BAHAN:

150 gm spageti
30 gm bawang besar
20 gm bawang putih
50 gm cendawan shitake (segar)
1 sudu besar minyak zaitun
50 ml-60 ml Whipping cream
40 gm udang
1 biji kuning telur
Garam
Lada sulah dicincang secukupnya


CARA MEMBUATNYA:


1. Didih air dalam periuk. Masukkan sedikit minyak zaitun dan garam.
2. Rebus spageti dalam air mendidih selama 7-8 minit. Angkat dan tos. Ketepikan.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan masukkan spageti. Kacau hingga rata dan angkat.
4. Letakkan spageti atas pinggan. Ketepikan.

CARA MEMBUAT SOS:

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun.
2. Tumis bawang putih dan bawang besar yang dicincang, kemudian masukkan cendawan dan udang.
3. Apabila masak, masukkan whipping cream, garam dan lada sulah dan kacau.
4. Masukkan kuning telur dan kacau untuk sekejap sahaja dan angkat. Jangan terlalu lama kerana ia akan berketul.
5 Tuangkan sos ke dalam pinggan berisi spageti tadi. Sedia dihidangkan.

-----------------------------------------

Sagu Gula Melaka

BAHAN-BAHAN

200 gm sagu
2 sudu makan santan
1 sudu makan gula
Melaka / merah
Garam secukupnya

CARA MEMBUATNYA:

1. Masukkan sagu dan air dalam periuk. Biarkan air mendidih dan sagu masak.
2. Angkat sagu, tapis dan masukkan ke dalam bekas
3. Letakkan santan yang dicampurkan dengan sedikit garam dan gula Melaka yang telah dicairkan atas sagu tadi. Sedia dihidangkan.


Category:
��
11.37 | Posted in

Ketam Goreng
Bersama Plum Keju Adam

BAHAN-BAHAN:

• 1.5 kg ketam bercangkerang lembut
• 350 gm keju adam (dihiris panjang)
• 30 gm serbuk Cajun
• 25 gm serbuk lada putih
• 150 ml plum sos
• 200 gm tepung jagung
• Minyak jagung untuk menggoreng

BAHAN UNTUK HIASAN:

• Daun salad coral hijau
• Cili merah
• Kubis ungu


CARA MEMBUAT :

1. Bersihkan ketam, gaulkan dengan serbuk Cajun dan lada putih, perapkan
bersama sos plum selama 10-15 minit.

2. Lilitkan hirisan keju Adam ke seluruh bahagian tengah ketam, salut dengan tepung jagung dan goreng di dalam minyak jagung yang telah dipanaskan sehingga masak dan warnanya menjadi kuning keemasan.

-----------------------------------------

Buah-buahan
Dengan Krim Keju Holulu Blue

BAHAN-BAHAN

• 3 biji nanas Sarawak
• 5 biji epal merah
• 5 biji epal hijau
• 20 biji strawberi
• 5 biji buah plum hitam
• 5 biji buah kiwi
• 20 gm serbuk kulit kayu manis
• 800 ml krim putar
• 150 gm keju Holulu Blue

CARA MEMBUATNYA:

1. Potong nanas Sarawak mengikut ketebalan yang dikehendaki, buangkan isi dan bentuk seperti mangkuk.

2. Susunkan buah-buahan hirisan mengikut cita rasa di dalam mangkuk nanas tadi dan renjiskan sedikit serbuk kulit kayu manis.

3. Didihkan krim di dalam periuk dan cairkan keju sehingga ia menjadi pekat. Tuangkan ke atas buah-buahan tadi dan bakar seketika dalam ketuhar yang menggunakan api di bahagian atas sahaja.

Category:
��
13.08 | Posted in

Wajik Ubi Kayu

BAHAN-BAHAN

3 kilo ubi kayu
500 gm gula merah
250 gm gula pasir
500 gm santan pekat
2 helai daun pandan

CARA MEMBUATNYA:

1. Ubi kayu diparut besar dan diperah serta dibuang sagunya. Kemudian parutan ibu tadi dikukus.

2. Sementara itu, reneh gula merah dan gula pasir hingga pekat dan kemudian masukkan santan dan daun pandan.

3. Selepas itu masukkan ubi yang telah dikukus dan kacau sampai kering. Sedia dihidangkan.


Category:
��
13.02 | Posted in

Sotong Madu Bersanding

BAHAN-BAHAN:

5 ekor sotong putih } dibersihkan
4 keping tauhu putih lembut } dihiris
Sedikit daun bawang
Lada sulah
Sedikit bawang goreng


BAHAN UNTUK SOS:

250 gm gula pasir
Sedikit serbuk cili
Sedikit kulit kayu manis
Air secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Gaulkan tauhu dan daun bawang yang telah dihiris bersama lada sulah serta bawang goreng.
3. Kemudian sumbat bahan tersebut ke dalam sotong yang dibersihkan.
4. Panaskan minyak, kemudian goreng sotong sehingga masak. Ketepikan.


CARA MEMBUAT SOS:

1. Campurkan ke semua bahan sos dan rebus sehingga pekat.

2. Kemudian tuang ke atas sotong yang sudah digoreng. Sedia untuk dihidangkan.

Category:
��
11.25 | Posted in

BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
250ml susu segar
250ml mayones
4 keping keju
20gm salad
1 sudu makan mentega
1 biji tomato | dihiris
Garam secukup rasa
Minyak jagung secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Pukul telur bersama susu segar, mentega dan garam. Panaskan kuali, goreng telur dan bentuk nipis-nipis sehingga habis bancuhan.
2. Letakkan lapisan demi lapisan di antara, telur, mayones, salad dan timun.
3. Ulangi lapisan yang sama kemudian potong mengikut cita rasa anda sebelum dihidangkan.

Category:
��
17.51 | Posted in

Resepi Pilihan

Udang Kukus Bawang Putih

BAHAN-BAHAN:

500 gm udang besar - dibelah dua
200 gm daun bawang
3 biji putih telur
100 gm bawang putih - dikisar dan digoreng
2 sudu besar kicap cair
250 ml sos tiram
Bahan perasa secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA:

1. Udang yang telah dibelah dua, diletakkan dalam bekas pengukus.

2. Taburkan dengan bawang putih goreng, kicap, sos tiram dan bahan perasa.

3. Curahkan putih telur yang dipukul terlebih dahulu bersama daun bawang.

4. Kukus sehingga udang masak. Sedia dihidangkan.

-----------------------------------------

Epal Susu

BAHAN-BAHAN

1 biji epal hijau
Susu cair
Gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA:

1. Epal dipotong dadu dan dikisar untuk mendapatkan jusnya.

2. Tapis jus epal dan campurkan dengan air gula dan susu cair. Tambah air secukupnya dan sesuaikan rasanya.

3. Enak diminum sejuk.



Category:
��