11.33 | Posted in
Sampai jodoh, kahwinlah dia – Ibu Waheeda

“SAYA tidak menghalang Waheeda untuk menjadi ‘isteri’ Akhil. Dia tahu apa yang dia lakukan dan kami sekeluarga merestuinya,” ujar ibu Waheeda yang ditemui ketika majlis pelancaran program Café Akhil Hayy Musim Kedua di, Restoran Al Rawsa baru-baru ini.

Kenyataan dari ibu penyanyi popular itu merujuk kepada penglibatan anaknya sebagai isteri Ustaz Akil Hayy di dalam program Café Akhil Hayy yang diterbitkan oleh saluran Astro Oasis.

Menjawab soalan apakah tindakan Waheeda menerima tawaran untuk berlakon sebagai isteri kepada Ustaz Akhil Hayy di dalam program tersebut itu akan menghangatkan lagi gosip di antara mereka berdua itu, ibu Waheeda menafikan sama sekali.

“Berkenaan gosip tersebut, semuanya telah mereka jawab dengan jelas. Ia tidak harus ditimbulkan lagi. Sudah-sudahlah tu. Sekarang kerjasama mereka itu adalah atas dasar kerja semata-mata. Kalau mahu fikirkan cakapcakap orang, semua benda pun tidak boleh buat. “Pada saya, tidak ada salahnya Waheeda menerima tawaran itu. Ini kerana melalui watak tersebut, dia juga berkongsi banyak perkara dengan penonton. Pemilihannya adalah mengikut konsep program tersebut.

Malah, saya juga untuk beberapa episod muncul dalam program ini sebagai ibu Waheeda yang juga ibu mentua kepada Ustaz Akhil,” katanya yang juga menyenangi sikap dan keperibadian yang dimiliki oleh Ustaz yang kini menjadi ikon saluran Astro Oasis itu. Dalam pertemuan yang sama juga, ibu Waheeda turut memberitahu Waheeda juga kini sedang belajar dan mengumpulkan pengalaman untuk bergelar pendakwah bebas tidak lama lagi. Disebabkan itu jugalah dia banyak terlibat dengan program-program seumpamanya atas bantuan Ustaz Akhil. “Ustaz Akhil banyak membimbing dia.

Bagi tunjuk ajar.

Sebab itulah Waheeda selalu ikut program Ustaz untuk timba pengalaman. Insya-Allah, selepas ini dia akan lebih banyak terlibat dengan program-program dakwah dan membantu mereka yang bermasalah,” akuinya berterus-terang. Ditanya tentang jodoh anak gadisnya yang sering menjadi perhatian itu, ibu penyanyi ini menyatakan dia dan keluarga tidak pernah campur tangan dalam soal yang satu itu. Katanya, sepenuh kepercayaan diberikan kepada Waheeda untuk menentukan sendiri calon pasangan hidupnya.

“Baik saya atau bapa Waheeda tidak pernah menentukan siapa calon menantu kami. Biarlah anak-anak sendiri yang menentukan. Ini soal hidup dan masa depan mereka. Jadi, biarlah mereka sendiri yang membuat keputusan. Namun, sebagai ibu bapa, kami tetap memberikan nasihat dan pandangan apabila diperlukan.

“Saya juga tidak pernah mendesak dia supaya cepat kahwin dan sebagainya. Terpulang pada dia. Buat apa nak kahwin cepat kalau akhirnya salah memilih pasangan? Nanti badan juga yang merana. “Lagipun, soal jodoh ni semuanya di tangan Tuhan. Kita rancang pun, kalau Tuhan tak bagi, tak jadi juga. Jadi, kita tengoklah saja macam mana nanti.

Sampai jodoh nanti, kahwinlah dia,” ujarnya yang turut ditemani oleh suami dan dua lagi adik Waheeda di majlis tersebut.
��

Comments

0 responses to "Bacaria"