Kemalangan ragut kebahagiaan warga emas
![]() |
Itulah yang boleh diibaratkan dengan pengalaman getir yang dilalui oleh Azmah Arsad, 58, yang kini setia menjaga suami tercinta, Badrin Mat Resad, 64, yang terlantar lesu akibat ditimpa kemalangan jalan raya awal tahun lalu.
“Suami saya dulu bertugas sebagai pengawal keselamatan. Bagaimanapun pada 18 Januari lalu dia ditakdirkan terlibat dalam satu kemalangan ketika keluar membeli minyak motor di Kuala Lipis. Mujur ada orang yang lalu di kawasan tersebut dan mereka telah membawa suami ke klinik.
“Setelah diperiksa di klinik berkenaan, doktor dapati suami saya perlu di hantar ke Hospital Temerloh untuk rawatan selanjutnya. Namun kerana keadaannya yang kurang stabil, dia terpaksa dipindahkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL). “Di sana doktor yang merawat suami saya memberitahu dia perlu jalani pembedahan kerana terdapat pendarahan di kepala.
Namun selepas pembedahan keadaan suami saya tidak banyak berubah. “Selama lebih dua bulan di hospital, suami saya kemudiannya dibenarkan pulang ke rumah dan dibekalkan tilam serta mesin rawatan dari pihak hospital. Kini di rumah dia hanya mampu terbaring. Hanya matanya terbuka dan sekali-sekala dia mengeluarkan suara tapi sukar difahami,” jelas Azmah yang bersedih dengan keadaan tersebut.
Walaupun sedih, wanita tabah ini menganggap apa yang berlaku adalah ketentuan takdir. Malah dia dan anak-anak tidak pernah jemu berusaha agar tunggak keluarga itu pulih daripada kecederaan yang dihidapi. “Setiap hari saya akan memastikan suami berada dalam keadaan bersih. Ubat dan susu akan diberi melalui tiub yang disediakan.
Begitu juga untuk membuang air kecil di mana dia perlu dipakaikan tiub serta beg khas selain lampin pakai buang untuk membuang air besar. “Saya turut mengurut anggota badannya bagi melancarkan perjalanan darah.
Bagaimanapun saya bersyukur kerana dia tidak banyak karenah dan mudah diuruskan. Di rumah kami hanya tinggal berdua kerana anak-anak masing-masing sudah ada kehidupan sendiri. Namun setiap hujung minggu mereka mesti balik ke sini,” tambahnya.













0 responses to "KISAH MASYARAKAT"