Ketam Goreng
Bersama Plum Keju Adam
BAHAN-BAHAN:
• 1.5 kg ketam bercangkerang lembut
• 350 gm keju adam (dihiris panjang)
• 30 gm serbuk Cajun
• 25 gm serbuk lada putih
• 150 ml plum sos
• 200 gm tepung jagung
• Minyak jagung untuk menggoreng
BAHAN UNTUK HIASAN:
• Daun salad coral hijau
• Cili merah
• Kubis ungu
CARA MEMBUAT :
1. Bersihkan ketam, gaulkan dengan serbuk Cajun dan lada putih, perapkan
bersama sos plum selama 10-15 minit.
2. Lilitkan hirisan keju Adam ke seluruh bahagian tengah ketam, salut dengan tepung jagung dan goreng di dalam minyak jagung yang telah dipanaskan sehingga masak dan warnanya menjadi kuning keemasan.
Buah-buahan
Dengan Krim Keju Holulu Blue
BAHAN-BAHAN
• 3 biji nanas Sarawak
• 5 biji epal merah
• 5 biji epal hijau
• 20 biji strawberi
• 5 biji buah plum hitam
• 5 biji buah kiwi
• 20 gm serbuk kulit kayu manis
• 800 ml krim putar
• 150 gm keju Holulu Blue
CARA MEMBUATNYA:
1. Potong nanas Sarawak mengikut ketebalan yang dikehendaki, buangkan isi dan bentuk seperti mangkuk.
2. Susunkan buah-buahan hirisan mengikut cita rasa di dalam mangkuk nanas tadi dan renjiskan sedikit serbuk kulit kayu manis.
3. Didihkan krim di dalam periuk dan cairkan keju sehingga ia menjadi pekat. Tuangkan ke atas buah-buahan tadi dan bakar seketika dalam ketuhar yang menggunakan api di bahagian atas sahaja.












0 responses to "Resepi Pilihan"