11.19 | Posted in
Amalan Baik Untuk Keselamatan PC Anda

Selalunya kita mendengar amalan baik untuk kesihatan tubuh badan, tetapi kali ini kita beri sedikit kelainan kerana amalan baik anda juga boleh memastikan kesihatan dan keselamatan PC. Kesihatan dan keselamatan yang bagaimana? Tentulah daripada ancaman virus, serangan Malware, PC beroperasi lambat, kehilangan dan perkara-perkara lain yang harus dan tidak seharunya dilakukan untuk melindungi PC yang begitu anda hargai (bagi sesetengah orang sangat-sangat berharga).

Amalan-amalan ini ada sesetengahnya begitu mudah untuk dilakukan dan ada juga yang agak memakan masa dan memerlukan sedikit pelaburan. Tetapi jika hendak difikirkan, apalah sangat anda mengeluarkan sedikit wang untuk keselamatan PC anda daripada perlu melabur sekali lagi bagi mendapatkannya semula sekiranya rosak, hilang dan sebagainya. Berikut antara perkara yang boleh dilakukan untuk keselamatan PC:

BUAT
1. Imbasan virus
Paling senang dan perlu ada sedikit kerajinan. Jadikan amalan setiap minggu atau selang tiga hari untuk jalankan imbasan antivirus dan anti-spyware pada PC anda. Anda juga perlu pastikan perisian antivirus sentiasa dikemaskini untuk mendapatkan perlindungan daripada serangan virus terkini.

2. Periksa serta merta
Jadikan amalan untuk serta merta memeriksa emel atau fail yang anda muat turun daripada sebarang virus atau aktiviti yang mencurigakan yang boleh mengancam keselamatan PC anda.

3. Kata laluan selamat
Sentiasa tukar kata laluan anda dan pastikan ianya tidak mudah diteka oleh orang lain. Tetapkan kata laluan untuk komputer dekstop dan komputer riba anda dan begitu juga sebaik-baiknya untuk peranti digital lain.

4. Aksesori tambahan
Dapatkan aksesori tambahan seperti kunci komputer riba dan sebagainya untuk melindungi PC anda daripada kecurian atau kehilangan.

5. Pendingin komputer
Dapatkan juga pendingin komputer untuk memastikan ianya sejuk dan mampu beroperasi dengan baik. Tempatkan PC anda kawasan yang tidak terlalu panas atau yang mempunyai aliran udara.

6. Bersihkan PC luar dalam
Bersihkan PC anda luar dan dalam seperti membuang fail-fail yang tidak digunakan, memadam fail sambungan .exe yang mencurigakan, jalankan Disk Cleanup dan Disk Defragmenter secara berkala. Bersihkan juga PC anda daripada habuk dan cecair serta bahan lain yang boleh merosakkan PC anda.

7. Tingkatkan PC
Tingkatkan kecekapan PC anda mengikut keperluan seperti menambah RAM, perkakasan dan sebagainya. Ini untuk memastikan PC anda mampu menampung operasi besar dan boleh beroperasi dengan baik.

JANGAN BUAT
1. Firewall
Jangan matikan atau ‘Off’ fungsi Firewall PC anda. Sekiranya berlaku konflik antara Firewall PC dan Firewall perisian antivirus anda, jalankan salah satu daripadanya. Firewall akan melindungi PC anda daripada serangan yang telah ditanam dalam sistem dan sebagainya apabila ia meletus.

2. Klik sesuka hati
Kawal jari jemari anda agar tidak pantas sahaja klik sebarang pautan atau fail pada emel yang mencurigakan. Ini boleh menyebabkan PC anda berisiko dijangkiti atau anda sendiri boleh menjadi mangsa aktiviti Phishing dan sebagainya.

3. Bocorkan kata laluan
Jangan sesekali hebahkan atau beritahu orang lain kata laluan anda terutama untuk laman web atau aplikasi penting serta komputer yang mengandungi maklumat rahsia. Orang lain boleh menggunakannya untuk mencuri maklumat dan merosakkan komputer anda.

4. Letak merata-rata
Sikap kita yang mengambil mudah dan kadangkala sambil lewa meletakkan PC kita di merata-rata tempat boleh menyebabkan ia hilang dan dicuri. Tambahan pula ianya tidak dienskripsi atau dilindungi kata laluan, seakan memberi jalan mudah kepada mereka yang ingin mengakses PC anda.

5. Gunakan terlalu lama
Penggunaan PC terlalu lama boleh mengakibatkan suhunya meningkat dan beberapa aplikasi gagal beroperasi dengan baik. Lebih teruk lagi, PC anda boleh terbakar dan berlaku letupan kecil kerana perkakasan pada PC diguna keterlaluan. Jika anda tahu bahawa PC anda tidak dapat menyokong penggunaan besar, pastikan ia berehat sekali sekala.

6. Pinjam sana-sini
Jangan berkongsi PC dengan individu yang anda tidak kenali atau anda kurang percayai. Bukan mengajar anda kedekut, tetapi anda perlu berhati-hati. Jika anda ingin meminjamkan PC kepada orang lain, biarlah di dalam pemantauan anda. Tetapi janganlah pinjam-meminjam sampai 10 buah rumah bertukar-ganti. Susah nanti.

7. Pasang (install) macam-macam
Janganlah pasang terlalu banyak aplikasi atau perisian yang tidak boleh ditampung oleh memori PC anda. Ia akan hanya melambatkan PC anda dan meranapkan sistem jika terlalu banyak dan besar saiznya.

Selain amalan-amalan ini, anda juga boleh melakukan perkara lain yang dirasakan bermanfaat untuk keselamatan PC anda. PC anda adalah aset berharga yang wajar diberi perhatian.
Category:
��

Comments

0 responses to "Dunia IT"