Spageti Udang Carbonara
BAHAN-BAHAN:
150 gm spageti
30 gm bawang besar
20 gm bawang putih
50 gm cendawan shitake (segar)
1 sudu besar minyak zaitun
50 ml-60 ml Whipping cream
40 gm udang
1 biji kuning telur
Garam
Lada sulah dicincang secukupnya
CARA MEMBUATNYA:
1. Didih air dalam periuk. Masukkan sedikit minyak zaitun dan garam.
2. Rebus spageti dalam air mendidih selama 7-8 minit. Angkat dan tos. Ketepikan.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan masukkan spageti. Kacau hingga rata dan angkat.
4. Letakkan spageti atas pinggan. Ketepikan.
CARA MEMBUAT SOS:
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun.
2. Tumis bawang putih dan bawang besar yang dicincang, kemudian masukkan cendawan dan udang.
3. Apabila masak, masukkan whipping cream, garam dan lada sulah dan kacau.
4. Masukkan kuning telur dan kacau untuk sekejap sahaja dan angkat. Jangan terlalu lama kerana ia akan berketul.
5 Tuangkan sos ke dalam pinggan berisi spageti tadi. Sedia dihidangkan.
Sagu Gula Melaka
BAHAN-BAHAN
200 gm sagu
2 sudu makan santan
1 sudu makan gula
Melaka / merah
Garam secukupnya
CARA MEMBUATNYA:
1. Masukkan sagu dan air dalam periuk. Biarkan air mendidih dan sagu masak.
2. Angkat sagu, tapis dan masukkan ke dalam bekas
3. Letakkan santan yang dicampurkan dengan sedikit garam dan gula Melaka yang telah dicairkan atas sagu tadi. Sedia dihidangkan.












0 responses to "Resepi Pilihan"